norhayati's FotoPage

By: norhayati esa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  32  [33]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 11-Sep-2007 11:27 Email | Share | | Bookmark
Ammar

 
farewell dinner kat pizza hutsss
ammar n d gang
View all 7 photos...
Last day Ammar di bawah jagaan ku


Saturday, 25-Aug-2007 11:31 Email | Share | | Bookmark
PERKHEMAHAN PENUTUP DI GREAT YARMOUTH.....

 
 
 
View all 4 photos...
Kami ...geng-geng perkhemahan telah sepakat untuk menutup sesi perkhemahan 2007 ni di Bukit Nyamuk..


rumah atas air di sepanjang hutan paya bakau...yang kami telusuri dengan bot


Kawasan tapak perkhemahan yang paling kami enjoy...tanah yang cantik....dekat toilet...ada swimming pool...mmg best la berkhemah kat sini




Petang2 lepas makan BBQ kami main baling selipar..bukan budak2 yang main tapi mak budak ngan bapak budak...





Memang enjoy..lagi2 dapat ahli kelab yang sporting habis seperti:-


Ly dan isteri yang mungkin tercinta...



Junaidi dan..mana nasibah ek...


Nazri dan cahaya2 hidupnya yang sangat dicintai


paparazi chian tak dapat duk dgn isteri yang dicinta la jugak...sbb ramai yang enterframe...


petang2 kami pegi tepi pantai...tuk mandi manda





miniature


Friday, 13-Apr-2007 16:13 Email | Share | | Bookmark
DISNEYLAND MENJERIT!!!!! PARISS YANG KUTINGGALKAN...

 
aksi stunt
castle yang menjadi trademark disneyland
View all 15 photos...
13 April 07
Kelmarin...tekad telah menggagahkan kami 2 keluarga ini untuk berlepas ke France walaupun penat tak usah nak cakap la....dah seminggu tido kul 3 pagi bangun kul 6 pagi. Demi anak2 yang kemaruk disneyland kami kayuh juga transporter biru itu jejak ke France...Sampai pon kul 2 pagi gak....melilau lagi sbb gelap sangat..walau dah sampai tapi tak leh cari mana caravan kami...verdelot.
Setelah kena maki dek mat saleh yang kami ganggu tidurnya tu dapat gak masuk caravan deluxe kami tu. Oleh kerana penat sangat tido malam tu ..pepaginya liat la plak nak bangun...so bertolak lambat ke Disneyland.


sleeping beauty castle tersergam indah

14 April 07
Sampai gak tempat yang ditunggu oleh anak2 aku dan mak bapaknya skali...dari kecik ingin nak pegi tapi umur dah nak masuk 40 baru dapat...
Sampai dah lambat gak dlm kul 10.30 pagi ...dibawah panahan matahari Disneyland kami redah..Orang punye ler ramai cam semut.
Disney studio pon kami redah gak...memamg happening.........
nak rasa?? g ler sendirik...baru rasa happening ke tak.


seronok dia berlari-lari masa kami sume berehat kepenatan n kaum bapa pegi amik fast pass










15 April 07
Disneyland lagi....kami pulun sampai puas...




16 April 07
Kami bersiap2 pack sume barang terus check-out. Menuju ke Aifel Tower...lagi destinasi yang kuimpikan. Alhamdulillah...sampai gak.
Kami takluk top roof Tower tu rasanya 11 euro kot harganya. Puas hati dapat nengok view seluruh Paris. Sampai petang kami kat situ...bergegas plak nak balik ke bumi England sbb feri kami akan bertolak dari Calais kul 12.45.
Oleh kerana jalan di France ni banyak la plak terowong yang panjang so....nak jadikan cerita sat nav kami pon hilang punca ler melilau kesana kemari arahnya.Sesat la jugak...mana nak kejo feri yang dah semakin suntuk.
Cuak jugak kami 2 family ni bila tiba di satu terowong yang panjang memalam buta...ada plak sekumpulan lelaki berhentikan kereta kat lane tengah dan tahan kereta kami kononnya mintak tolong...dah la tak dek kereta lain dlm terowong tu. Nazri dah perlahankan kereta masa tu sbb takut ada accident kena la slow...kami kaum hawa kat belakang dah bising...jangan berhenti!! bahaya... nazri pun pecut la apa lagi....rasa kering darah masa tu...bayangkanla kalu kami berrenti masa tu lepastu mamat ut sumenya lelaki...dalam keadaan kami yang bawak anak2 ....eeeeeeee seram. Alhamdulillah Allah lindungi kami Amin..
Setiap terowong plak akan diakhiri dengan tol..kami pulak dah budget2 ngam2 duit euro..sesat jek jumpa tol...camno ni duit tak cukup...nasib la plak tol tu terima kad credit...lepas lagi satu azab bila Junaidi ada kad yang menyelamatkan kami.
sampai di Calais tepat2 12.45 (waktu feri kami berlepas) abih camno ...nak check pasport lagi...isi landing form lagi....at last selamat berlayar feri ku..
Berita baiknya pulak, kami tak dikenakan charge apa2 walaupun dah tukar tiket tu ke waktu lain Alhamdulillah sekali lagi....dapatlah kami feri sejam berikutnya. Sempatlah semayang isya' dan berehat kejap.

Perjalanan pulang kami. kami dah mula rilexs dalam feri....sbb lepas n leh ler rilexs................................kul 7.00 pagi baru kami sampai forest field. Maka.......UropeTinggallah dalam lipatan sejarah kami.....


Monday, 9-Apr-2007 10:24 Email | Share | | Bookmark
MISI BUNGA TULIP

theme park di eurocamp
mamat ni dah bertaubat takkan naik lagi benda alah ni
sunset di Holland...
View all 18 photos...
09 April 07 - Sampailah masanya untuk kami berlepas ke Negara tulip plak

Hari ni istimewa sikit...sbb ari ni hari ulang tahun puteri sulungku yang ke 10 tahun...bermaknanya usia perkahwinan pun mencecah 11 taun...



Pengembaraan kami mengheret kami sehingga jam 2.oo pagi. Walaupun dah sampai Holland tapi masih tak dapat lagi cari eurocamp tu. Melilau sampai kul 2 pagi...sehingga kami di tahan polis kerana mencurigakan. Setelah sok-sek-sok-sek mereka pun percaya yang kami memang nak ke eurocamp tu memandangkan di dalam transporter di penuhi dengan kanak2, so takkan la kami nak jadi terrorist plak kan. Alhamdulillah sampai gak ke destinasi........sampai jek zzzzzzzzzzzzzzzzzz...............



Alamak Dhia mandi ke meneran ni???.......ni di theme park kat euro camp

10 April 07 - Hari ni kami semua tak plan nak ke mana-mana sebab dah penat sangat semalam, tido hampir kul 4 pagi. So ari ni kita orang jalan2 sekitar eurocamp tu jek sbb kat situ pun ada banyak attraction terutamanya theme park.So apa lagi kita "enjoy"

11 April 07 - hari kedua di Holland kami habiskan untuk ronda2 bandar Amsterdam yang dipenuhi dengan canal. Memandangkan kami pun ala2 tak larat so kita orang decide tuk tour ikut bot aje menelusuri sepanjang canal....seronok gak dapat rileks sambil curi2 pandang rumah sampan yang menempel disepanjang terusan tu... unik gak .sempatla den beli bunga tulip kristal yang akhirnya telah den sendiri patahkan daunnya


nasik putih dengan salmon goreng pon sodap....dlm bot la ni...Aik..Ju makan kacang je ker? nasik-nasik tak de?


pastu kami terus pegi fishing village kat volendem sbb nak amik gambo costume Holland tapi sayang kami sampai kul 6 petang...kedai gambo pun dah tutup ..huwaa sedihnya ...tak pe esok kami berjanji akan datang semula ke lokasi tersebut semata2 untuk snap gambo dengan costum penjajah tu.

air mata masih bertakung tu.....mengamuk sakan tak nak pakai baju tu.


12 April 07- pengembaraan kami diteruskan ke Keaukenhoef untuk menelek spesis bunga tulip dengan lebih mendalam lagi....dapat tengok ladang tulip lagi....terbayang2 kalau nazri n yati boleh berlari2 dalam ladang tu cam srk n kajol..tapi sayang tak leh masuk plak ladang tu...dpt pandang dari seberang parit jek.

Dinda......kanda.....burung pun turut menyanyi........tawa....ria....bla-bla-bla












Lepas puas jadi minah bunga kami terkenang janji semalam tuk amik gambo kat volendam...........terus menuju ke sana sebelum kedai tutup lagi..Ahhhhh lega..sempat gak.

Alamak....kanda i tak de la...tengah snap gambo...


Lepas gambar kenangan dalam gengaman..kami mengambil keputusan all-out malam ni sbb esok pagi dah nak bertolak ke France plak....so kami meradah malam untuk menyaksikan laut yang senget sebelah. Kami tak pastilah bagaimana kejadiannya tapi laut disebelah kiri lebih tinggi dari laut disebelah kanan (tengah-tengahnya jalanraya).Uniq gak...


Thursday, 5-Apr-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
DI JUNGFROUKAH AKU??

baju tebal giler...ingat sejuk bebenor rupanya....
mak budak teringin nak main ski...tapi kang terbongkang camno
ice palace...cam dlm peti ais
View all 21 photos...
05 April 2007 - Tak pernah mimpi untuk menabur sterling di Eropah.....tetapi pengembaraan kami di bumi England ini, mengheret kami untuk singgah di urope. Masa tahun 2005 dulu kami tak berkesempatan untuk menyeberangi Selat Inggeris.....tapi apakan daya takdir dah tersurat....

Jam 10.18 kami bertolak dari Forest Field (w/pun asalnya nak bertolak jam 9) kerana masalah tayar pancit...kami delay..tak pe ada hikmah disebaliknya tu. Setelah melalui perjalan yang penuh kegelisahan (sbb takut tertinggal feri) kami sampai juga di Dover 20 minit awal dari waktu sepatutnya...Alhamdulillah....sampai ke Calais...France..
Kami terus menuju ke Luxemberg. Terkial2 pilot Nazri n co Ju drive ala-ala lefthanded, namun akhirnya sampai jugak ke hotel iblis oppss..... Hotel Ibis jam 2 pagi....terus padam.

06 April 07- Pagi2 kami bertolak ke Switzerland sambil menikmati pemandangan yang Mmmmahhh Walllah...tak dapat nak digambarkan dengan kata2..sungguh menakjubkan . kami sampai jua sebelum terbenam matahari. Hati begitu girang bila melihatkan apartment kami bagaikan rumah idaman kami di Msia. Malam boboksss.....zzzzz....

07 April 07 - Pagi2 bangun berbekalkan jacket potato n nasi goreng dan berbaju snow, kami sepakat ( lupa lak nak bagitau kami sekeluarga pegi ngan keluarga Ju/Na/Muaz) akan menakluki puncak Jungfrou.



Bukit-bukau, senow sana sini..Allah sahaja yang dapat mengulas betapa keindahan alam ini membuatkan manusia seperti aku terpegun...Sampai puncak letih bagai nak balik jek rasanya..tapi bila ingat balik dah beratus pn abis beli tiket train ke puncak terpaksa di gagahi jua. Anak2 sume padam...bukannya nak main snow tapi sampai puncak dia owg tdo.... cian tgk dia orang..
di pendekkan cerita memang happening kat atas tu sbb dpt nengok orang main ski depan mata, guling2 kat snow cam kajol plak rasanya



Snowman kite..........




Sesak nafas di puncak Jungfrou....flat habis


08 April 07 - Kami membulatkan tekad ingin menjelajah Italy plak....hasrat hati nak balik ari jek....dapat pegi venice jadik la....tapi cian kita orang setelah melalui bukit bukau dan lurah salji.... rupanya hajat kami tidak di izinkan Allah.

Jalan menuju ke Italy ditutup akibat timbunan salji yang terlalu tebal. Dengan hampanya kami terpaksa menghentikan perjalanan....tapi dengan tak disangka2 tempat yang kami terkandas tu rupa2nya adalah sebuah empangan yang beku ... Mak datok punyalah cantik...saujana mata memandang.... punyalah cantik dapat tengok empangan beku (maklumlah jakun sikit ) kat pontian mana ada empangan beku....parit pun tak penah sejuk ....beku jauh skali.





[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  32  [33]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net